•  0
    Cerita Semasa

    Tangan, telinga & payudara wanita dipotong kerana gagal bayar hutang jiran

      Admin ViralMedia    69        0        Report content



    Seorang wanita di Bhagalpur, Bihar, India, maut selepas diserang dua lelaki di pasar awam yang sesak di mana tangan, telinga dan payudaranya dipotong. 


    Menurut polis, mangsa yang dikenali sebagai Neelam dikatakan telah meminjam wang daripada individu bernama Shakeel Miyan untuk membiayai majlis perkahwinan anak perempuan. Namun, mangsa gagal membayar hutang itu. 


    Pada hari kejadian, Sabtu, 3 Disember, Shakeel Miyan dan rakannya, Juddin Mian bertindak menyerang mangsa sehingga menyebabkan luka di bahagian kepala dan belakang badan. 


    Ketika kejadian, tiada seorang pun yang datang membantu. Sebelum pengsan, Neelam sempat menyebut nama suspek, yang direkod melalui telefon bimbit saksi kejadian. 


    Mangsa dibawa ke Hospital Perubatan Jawaharlal Nehru untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Namun, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia semasa menjalani rawatan. Susulan dari kejadian itu, dua suspek terbabit telah ditahan untuk tindakan lanjut. 


    "Mangsa maut akibat diserang menggunakan senjata tajam. Ketika polis tiba di lokasi, suspek sedang melarikan diri dan sempat melambai senjata mereka," kata Penguasa Polis Bhagalpur, Swarna Prabhat. 


    "Keluarga mangsa telah memberi maklumat mengenai dua lelaki terbabit dan suspek telah berjaya ditahan. Mangsa dan suspek merupakan jiran dan berkawan baik. 


    "Mangsa telah meminjam wang daripada suspek untuk membiayai kos perkahwinan anak perempuannya tetapi gagal membayar hutang tersebut," tambahnya lagi. 


    Sementara itu, suami mangsa pula mendakwa, Shakeel membunuh isterinya selepas dia meminta lelaki itu tidak datang ke rumah mereka lagi.


    Difahamkan, suspek kerap datang ke rumah mangsa dan bertengkar mengenai masalah kewangan yang dihadapi. 


    Sumber: NDTV

     


  •  


Leave a Comment

Please Login to insert comment.

 

Facebook Conversations